SEGALA PERSOALAN AF8 TERJAWAB


Komposer, produser dan usahawan berjaya, Norman Abdul Halim atau Norman KRU dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Pengetua Akademi Fantasia kelapan (AF8) dengan memikul cabaran baru memantapkan lagi program realiti nombor satu tanah air itu.

Pengumuman itu dibuat pada majlis berlangsung di sebuah hotel, di ibu negara malam tadi. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Amirullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.


Turut diumumkan
pengacara AF8 menggandingkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang sebelum ini mengacarakan rancangan Trek Selebriti, manakala tenaga pengajarnya pula terdiri Siti Hajar Ismail (guru vokal teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan), Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris), dan Que Haidar (jurulatih drama). Menurut Norman, dia tertarik menerima tawaran sebagai Pengetua AF8 kerana pihak Astro menjanjikan pasukan kerja terbaik.


“Ini bukan kerja saya seorang tetapi secara berpasukan. Kami akan memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar AF musim ini dan semoga mereka dapat membina kerjaya seni yang bagus untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Apapun mereka sendiri perlu bekerja keras untuk berjaya. “Saya berbangga kerana ramai bintang realiti berjaya menjadi pengacara, pelakon dan penyanyi. Pertandingan Juara Lagu pun ramai disertai bakat baru dilahirkan menerusi AF. Saya dan tenaga pengajar lain akan memberi mereka bimbingan dengan harapan mengubah masa depan mereka menjadi lebih baik. Ada yang datang uji bakat meminjam baju kawan dan semoga dengan menyertai AF dapat memberi sinar baru dalam hidup mereka.


“Mereka terlalu muda untuk membuat keputusan jadi kami bertanggungjawab membantu mereka tidak hilang punca. Pun begitu, sama ada akhirnya akan berjaya atau tidak terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.


AF8 akan mula bersiaran jam 9 malam 13 Mac ini menerusi Astro Ria dengan menyiarkan konsert pengenalan (prelude) memperkenalkan pelajar musim ini, dihoskan Sarimah dan Jimmy.

Seterusnya bermula 15 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam, Jimmy akan mengendalikan Diari AF memaparkan perkembangan pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga pengajar dan rutin kehidupan seharian di akademi. Julung kalinya juga Sarimah dan Jimmy berkongsi pentas mengacarakan konsert minggu AF8. Bagaimanapun kelainan pada musim ini apabila keputusan siapa tersingkir tidak diumumkan akhir konsert, sebaliknya pada Ahad, jam 9 malam menerusi siaran langsung Debaran AF.

1 Response
  1. yeah..caya la norman..i have read this in metro last day..anyway..
    thanks syg because post it..


Related Posts with Thumbnails