CUACA PANAS HINGGA MAC


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari lalu memandangkan ia adalah kitaran normal yang sering dialami penduduk.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Yap Kok Seng, berkata ketika ini adalah musim yang lebih kering dan panas dalam kitaran satu tahun berikutan kurangnya kepulan awan yang berfungsi menyekat sinaran terik secara terus daripada matahari. Beliau berkata, keadaan cuaca yang panas juga berpunca daripada ‘ekuinoks’ yang semakin menghampiri iaitu apabila siang dan malam menjadi sama panjang. “Cuaca panas berkenaan selalunya berlanjutan sehingga suku kedua Mac depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, menurut Bahagian Ramalan JMM, cuaca panas yang melanda negara ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia berlaku setiap tahun, tetapi kurang disedari orang ramai kerana tempoh setahun bagi setiap kitaran musim. Katanya, cuaca paling panas yang dicatatkan melanda negara ini sejak Januari lalu adalah 36.7 darjah celsius di Alor Star, Kedah. “Purata cuaca yang dicatatkan sepanjang minggu ini saja 34 darjah celsius bagi Lembah Klang dan 36 darjah celsius bagi kawasan utara,” katanya.


2 Responses
  1. cintafqs Says:

    melaka sentiasa panas..cmne plak 2?


  2. Mrs Nurul Says:

    patutla cucaca cam huaaaaaaaaaaaaaaa je..panas doo


Related Posts with Thumbnails