RASULULLAH SEBAGAI IDOLA



Kita akan meniru orang yang kita anggap berjaya dan mempunyai pengaruh. Tetapi tahap keberjayaan dan pengaruh yang difahami oleh sebahagian besar umat Islam zaman ini seringkali tidak sesuai dengan tahap kemuliaan yang sesungguhnya. Banyak yang keliru mengidolakan karekter yang akan ditirunya. Anak-anak kita hanya meniru karekter-karekter kartun. Para remaja banyak yang meniru karekter yang tidak tepat. Manakala para wanita banyak yang meniru artis-artis yang tidak mencerminkan rasa malu, sehingga akhirnya menjatuhkan harga diri wanita itu sendiri. Padahal kualiti keimanan itu berbanding lurus dengan rasa malu. Makin berkurang rasa malu, maka makin rendah kualiti keimannya. Kita seringkali tidak serius mengkaji siapa yang harus kita tiru. Alangkah beruntungnya jikalau orang yang kita tiru itu adalah puncak kejayaan dalam segala hal. Firman Allah, "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh dan suri teladan yang baik." Sejarah pun mengakui bahawa pengaruh Rasul SAW begitu menggelegar di seisi alam ini, bahkan monumental sampai sekarang. Nabi Muhammad SAW selain sebagai seorang pedagang yang berjaya juga pemimpin agama sekaligus ketua negara yang berjaya. Jarang ada nabi yang seperti ini. Ada yang hanya berjaya memimpin agama, tapi tidak berjaya memimpin keluarganya, tetapi semua contoh suri teladan yang kita perlukan sudah ada pada diri Rasulullah SAW. Jadi, sebenarnya kita sudah menemukan karekter yang layak dijadikan idola. Masalahnya adalah, adakah di rumah kita mempunyai buku-buku dan referensi tentang Nabi Muhammad? Oleh sebab itu marilah sekarang kita mulai membeli, membaca dan mempelajari buku-buku mengenai Nabi Muhammad SAW. Setiap hari bacalah satu saja dari perilaku nabi kemudian cubalah untuk mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Rahasia kejayaan adalah

1. Pertama, setiap hari harus mencari kekurangan diri untuk diperbaiki.
2. Kedua, setiap hari harus mendapatkan ilmu bagaimana nabi bersikap, agar dapat ditiru
sedikit demi sedikit, sehingga dapat berbuat lebih baik.

Itu saja. Nabi murah senyum, maka ikut senyum. Nabi ramah kepada isterinya, maka kita belajar ramah kepada isteri, sehingga isteri semakin mesra. Nabi tidak pernah marah kepada para pembantunya, maka belajar menahan diri untuk tidak marah, sehingga mereka lebih rajin bekerja. Nabi wirausahawan, maka ikut berdagang (walaupun kecil kecilan) sambil belajar jujur. Alhamdulillah, pembeli semakin banyak dan perniagaan semakin maju. Nabi dermawan, maka kita berusaha untuk banyak memberi walaupun belum sanggup semuanya. Nabi menyampaikan dengan baik, maka belajar berbicara dengan baik, sampai sekarang didengarkan oleh ibu bapa, bahkan ada yang menghargai dan menghormati. Baru belajar sedikit demi sedikit memimpin seperti nabi saja hasilnya diluar dugaan. Jadi, rahsianya adalah belajar meniru nabi. Daripada perilaku mulai dari hal yang terkecil dicontohkan oleh beliau dengan sangat prima. Misalnya, beliau sangat memuliakan tamu, tidak jarang memberikan minuman dan makanan sendiri. Saat tetamu akan pulang, mengantar tetamunya sampai ke pintu. Beliau tidak pernah menyelonjorkan kaki sekalipun di depan anak kecil, sopan santunnya. Selain itu beliau juga sangat penyayang kepada anak-anak, suka mengecup dan memangku mereka. Ketika ada bayi yang pipis di pangkuannya, beliau tidak marah, bahkan tidak bergerak, tetap tenang saja karena khuatir melukai jiwanya. Kalau kita merasa kurang berwibawa di rumah, di sekolah, di pejabat atau di manapun, maka ubahlah diri kita, adakah tingkah laku kita mirip dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah atau tidak. Pendeknya, siapapun yang ingin hidup ini bahagia, mulia, dan bermartabat, maka pelajari dan tirulah Nabi Muhammad SAW dengan ikhlas. Semoga Allah Yang Mahaagung mengurniakan kepada kita kemampuan untuk meneladani yang benar-benar dipilih dan disukai oleh Allah yaitu Muhammad SAW.


TERTARIK JALAN CERITA 'SYAHADAT CINTA'



Malam semalam, dalam keseronokan berFB, terdengar adik fq tergelak-gelak tengok tv. Fq menjengah ke keluar tengok-tengok dia layan movie indon kat Astro Citra. Tak pe la, abaikan dulu, Fb lagi best.Pas tu kebetulan fq keluar bilik nak g minum air, singgah la dulu kejap kat tv. Baru tengok sekejap, fq da mula tertarik dengan cerita ni, jalan cerita dia betul-betul menarik. Sampai hari ni fq cari nak download tapi masih tak jumpa-jumpa. So, korang baca la sinopsis ni kalau nak tau kenapa fq tertarik dengan cerita SYAHADAT CINTA.

Iqbal (Arif Rahman), pemuda metropolis yang tidak pernah solat dan tidak boleh mengaji. Namun akhirnya dia mula memilih jalan yang benar, setelah dia mula merasa bersalah setelah menolak ibunya sendiri jatuh tangga semasa dia dalam keadaan mabuk. Karana penyesalannya, dia memutuskan untuk mempelajari ilmu agama di pesantren Kyai Siddiq (Muchtar Sum) di Tegal Jadin. Setelah selama dua bulan disana, Iqbal hanya disuruh mengambil air dari sungai. Dengan kesalnya, Iqbal telah meluapkan kemarahannya di sungai. Disanalah dia telah bertemu pula dengan Aisyah (Imel Putri Cahyati), putri Kyiai Subadar (Chairil JM), sekaligus cucu Kyiai Siddiq sambil melepaskn kemarahannya pada gadis itu.

Takut dimarahi Kyai, Iqbal melarikan diri tanpa tujuan. Hingga dia bertemu Pricilia (Cantika Atmanagara), gadis Kristian yang baik hati. Pricilla membantu iqbal mencari tempat tinggal namun Iqbal memutuskan untuk tinggal di rumah Ibu Jamilah (Donna Harun), seorang pengemis yang hidup bersama kedua anaknya, Fatimah (Salsa) dan Irsyad (Ricky Harun).

Dalam perjalanan mempelajari agama Islam, Iqbal mendapat banyak dugaan dan cubaan. Namun cubaan tersebut tidak membuatnya mundur dari tekadnya untuk menjadi orang yang taat kepada agama Islam.


p/s:Menginsafkan bila tengok perjuangan Iqbal dalam cerita ni...


GADOH MELAYU DAN CINA AKHIRNYA BERSATU


Gadoh!! Sebuah filem berbahasa melayu terhasil dari warga negara ini sendiri. Ironi’nya, cerita ini tidak lepas untuk ditayangkan di pawagam atas sebab-sebab tertentu yang semamangnya jelas menyindir pelbagai pihak.

Pendapat mengenai cerita ini memang sangat menarik dan wajib ditonton oleh semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. Perjalan cerita ini sememangnya panas dengan bahasa penuh kasar yang terang lagi bersuluh. Tetapi jangan cepat melatah kerana cerita ini adalah sebuah kisah berpengajaran yang sangat hebat. Tonton sehingga habis cerita ini dan baru nilaikan. Jangan menonton setengah cerita, dah melatah. Itu bodoh namanya!

Antara scene yang masih terngiang-ngiang di minda ketika ini, adalah scene di mana guru teater mahu pelajar yang bergaduh tersebut meluahkan apa perasaan yang terpendam di hati mereka. Kenapa mereka perlu bergaduh sesama bangsa. Mengapa melayu perlu pukul Cina, Cina perlu pukul Melayu dan India sering dibelasah Melayu mahupun Cina.

Kata seorang pelajar Melayu:
Saya paling tak suka orang cina. Diorang ingat diorang bagus. Pijak orang melayu.

Kata seorang pelajar Cina:
Orang melayu tak hormat orang cina punya. Kita terpaksa kerja kuat! Nak hidup! Nak belajar tinggi! Takde duit macamana nak berjaya?!!

Kata seorang pelajar melayu:
Orang cina makan akan babi! Pengotor! Berak tak pernah basuh!!

Kata seorang pelajar wanita:
Saya paling tak suka sekolah ni! Sebab sekolah ni bodoh! semua orang dalam sekolah ni bodoh! Tak kiralah, melayu ke, cina ke, india ke.. Semuanya bodoh!

Kata seorang remaja Cina:
Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk Universiti.

Kata seorang remaja Cina:
Melayu duka komplen! Selalu cari salah orang lain! Salah sendiri tak nampak!

Kata seorang remaja Melayu:
Oi cina! lu jaga sikit lu punya mulut eh!! Lu menumpang je kat negara ini tau! Siapa yang suka cari gaduh!

Kata seorang pelajar India:
Saya benci diri saya sendiri sebab saya bagi orang lain buli saya. Sebab saya tak ramai. Saya tak kuat! Saya sebenarnya nak kawan dengan semua orang. Tapi orang lain sibuk nak cari gaduh. Saya tak berani!

Kata seorang remaja Cina:
Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis cari gaduh dengan bangsa lain.

Kata seorang remaja Cina:
Melayu takde otak!!

Kata seorang remaja melayu:
Bangun pagi tak mandi pagi. Badan bau busuk!


Satu je alasan kenapa cerita ni tak lepas, kerana sure ada pihak yang makan dalam bila melihat ending cerita ni. Samaada pihak sekolah mahupun pihak jabatan pendidikan. Serious, memang makan dalam. Tahniah buat pengarah dan penerbit yang berani membawa cerita sebenar kehidupan masyarakat dan pelajar sekolah masa kini ke hadapan. Terima kasih juga pada internet yang membuatkan biarpun cerita ini tidak lepas di’media, tapi masih mampu ditonton oleh kita semua.

AKIBAT TERLALU CEMBURU

KUALA LUMPUR: Cinta gila! Mungkin itu gambaran tepat terhadap tindakan luar biasa seorang lelaki yang sanggup mendera kekasihnya sejak setahun lalu gara-gara dirasuk cemburu melampau dan bimbang gadis terbabit dirampas lelaki lain.

Malah, gadis berusia 24 tahun itu saban hari turut dipukul dan diugut bunuh dengan kejam jika cuba melarikan diri, malah pernah diancam akan dihumban dari tingkat 13 kerana disyaki mempunyai teman lelaki lain.


Lebih menyedihkan, gadis terbabit bukan hanya menjadi mangsa penderaan, malah turut dilayan umpama hamba abdi apabila semua wang gajinya setiap bulan dirampas teman lelakinya.


Bagaimanapun, penyeksaan itu berakhir apabila gadis itu membuat laporan sebelum lelaki berkenaan diberkas polis kelmarin atas dakwaan mencederakan mangsa.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 24, berkata penderitaan dialami bermula selepas dia menjalin hubungan dengan lelaki terbabit yang dikenalinya di kompleks beli-belah Kotaraya, Januari tahun lalu.


Menurutnya, hasil perkenalan dengan lelaki dari Sarawak itu, dia jatuh cinta sebelum diajak mengikut lelaki itu pulang ke asramanya di Jalan Imbi di sini, untuk tinggal bersama.

“Mungkin kerana terlalu percaya dan sayang, saya akhirnya terperangkap apabila kata-kata romantis yang sebelum ini diluahkan teman lelaki saya itu mula bertukar menjadi maki-hamun serta sepak terajang.


“Entah di mana silapnya, dia mula berubah sikap menjadi panas baran hingga tidak dapat mengawal perasaannya hampir setiap hari. Saya langsung tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga, sebaliknya diarah tinggal bersamanya di asrama berkenaan selepas kad pengenalan saya dirampas,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, dia pernah cuba melarikan diri, namun teman lelakinya memburu dan mengheretnya pulang ke asrama berkenaan yang turut dihuni beberapa lelaki lain.


“Hampir saban hari saya diugut akan dipukul dan dibunuh jika meninggalkannya. Malah, segala gerak-geri saya diperhatikan saban masa.


“Malah, tabiat gilanya yang cemburu buta menyebabkan saya kerap dibelasah tanpa sebab. Hampir setiap minggu saya diterajang dan ditumbuk, namun saya takut untuk lari kerana bimbang perkara lebih buruk menimpa saya dan keluarga,“ katanya.

Siti berkata, pada masa sama, dia dipaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama kekasihnya di sebuah pusat beli-belah di ibu kota bagi menampung kehidupan mereka.

“Namun, semua wang gaji saya berjumlah RM1,200 dirampas lelaki terbabit. Jika lapar atau ingin membeli sesuatu, saya terpaksa merayu meminta sedikit wang daripadanya.


“Apa yang saya tahu, semua wang gaji saya digunakannya untuk berjudi dan membeli arak. Sering kali saya dibelasah ketika dia dalam keadaan mabuk sehingga mata saya lebam ditumbuk,” katanya.


Dia yang berasal dari Segambut Dalam di sini, berkata setiap kali puas membelasahnya hingga separuh mati, lelaki itu akan berubah sikap secara mendadak hingga sanggup melutut meminta maaf atas keterlanjurannya tetapi kemudian penderaan itu berulang lagi.


Terbaru, Sabtu lalu mangsa mengalami pendarahan di mata akibat ditinju lelaki terbabit.


Menurutnya, dia yang mencurahkan masalah dihadapi kepada rakan sekerjanya kemudian dipujuk supaya melarikan diri dan membuat laporan polis.


“Atas dorongan rakan, saya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee tanpa disedari teman lelaki,” katanya yang lega selepas bebas daripada cengkaman lelaki itu.

CUACA PANAS HINGGA MAC


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari lalu memandangkan ia adalah kitaran normal yang sering dialami penduduk.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Yap Kok Seng, berkata ketika ini adalah musim yang lebih kering dan panas dalam kitaran satu tahun berikutan kurangnya kepulan awan yang berfungsi menyekat sinaran terik secara terus daripada matahari. Beliau berkata, keadaan cuaca yang panas juga berpunca daripada ‘ekuinoks’ yang semakin menghampiri iaitu apabila siang dan malam menjadi sama panjang. “Cuaca panas berkenaan selalunya berlanjutan sehingga suku kedua Mac depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, menurut Bahagian Ramalan JMM, cuaca panas yang melanda negara ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia berlaku setiap tahun, tetapi kurang disedari orang ramai kerana tempoh setahun bagi setiap kitaran musim. Katanya, cuaca paling panas yang dicatatkan melanda negara ini sejak Januari lalu adalah 36.7 darjah celsius di Alor Star, Kedah. “Purata cuaca yang dicatatkan sepanjang minggu ini saja 34 darjah celsius bagi Lembah Klang dan 36 darjah celsius bagi kawasan utara,” katanya.


ULU BENDUL DIMUSIM PANAS






fuhhhhhhhhhhhh...
cuaca sekarang ni memang panas...
ley terbakar kulit dibuatnya,
so,
dengan panas yg membara2 ak kol la mmbe2 ajak g mnd mnda...
mula2 ad yg x nak g, pas da kn pujuk redha juga akhrnye...
destinasi menjadi plhan ialah di ulu bendul, kuala pilah...
seyes ak ckp, mmg ramai gler orng...
sesak...
parking je da 1 hal...
nk cari port mnd lg la mslah...
menapak jugk la ak nak cari tempat mnd,
jauh dlm hutn baru la dpt jmpa port yg bes...
mmg lega,
sejukkkkkkkkk...
yg x bes nye nk g mnd da berpeluh mendaki,
nak blek pn berpeluh lg nk trun lak...
apepun, mmg besssss....


ANAK PUNTIANAK KANTOI KAT AADK


SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.

Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.

Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.


“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.

Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.

Nani berkata, pelakon berkenaan antara tujuh individu yang ditahan selepas didapati mengambil dadah sepanjang Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan sejak jam 8 hingga 11 malam tadi.

Operasi yang disertai 27 pegawai AADK Selangor dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, bertujuan mengesan pemandu, terutama dari sektor pengangkutan awam, yang mengambil dadah.


Menurutnya, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dan daripada jumlah itu, lima didapati positif syabu dan dua positif ketamin.

Selain itu, AADK memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus, dalam operasi itu tetapi dilepaskan selepas ujian air kencingnya didapati negatif.

UMAT ISLAM DILARANG SAMBUT HARI KEKASIH



Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Justeru, umat Islam khususnya remaja diminta agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih.



Berikut adalah amalan yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari berkenaan:

1. Berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis atau parti untuk menyambut hari tersebut.

2. Menghantar kad-kad ucapan dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

3. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.


"Adalah juga sangat mengecewakan kerana wujud segelintir pihak yang sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut."



MENDERMA ORGAN PERBUATAN TERPUJI





MENDERMA atau memberi sedekah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita. Bagaimanapun, bila ditanya tentang menderma organ, ramai yang skeptikal lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam.

Pelbagai persoalan bermain di fikiran terutama sama ada Islam benarkan atau tidak menderma organ?

Antara sebabnya, pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pada tahun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik (selepas mati) kepada penderma hidup.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS menemu bual Pakar Rujuk Pusat Sumber Transplan Nasional yang juga Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah asas kepada pengharusan menderma organ oleh Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah berdasarkan ijtihad dan juga qias.

Dalam Islam, kita dituntut untuk menjaga maqasid syariah (matlamat syariah) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apabila berlaku darurat atau sesuatu itu boleh mengancam nyawa, maka ketika itu kita diharuskan membuat pemindahan organ.

Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.

Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:

* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ.

* Penderma organ mesti disahkan telah mati.

* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.

* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.

Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:

* Tidak ada unsur perdagangan.

* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.

* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.

* Dilakukan untuk kepentingan umum.

* Dilakukan dengan kebenaran penderma.

* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaan.

Ada juga yang bimbang bolehkah kita derma organ kepada yang bukan Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Ini tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia. Sebabnya, orang bukan Islam di sini dikategori sebagai kafir zimmi yang memberi taat setia kepada negara. Oleh sebab itu, kita wajib membantu mereka semasa mereka susah.

Bagaimanapun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera bukan Muslim yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam.

Begitu juga tidak dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.

Namun, jika terdapat Muslim dan bukan Islam yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan.

Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain... (at-Taubah: 71)

Ada juga yang bimbang pemindahan organ itu akan menyeksa mayat. Benarkah?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dakwaan itu barangkali bersandarkan kepada kisah seorang penggali kubur yang tanpa sebab munasabah mematahkan tulang-tulang mayat. Lalu perbuatan itu ditegur oleh baginda SAW.

Telah bercerita kepada kami Syuja’ bin Al-Walid, daripada Sa’d bin Said saudara Yahya bin Said, daripada ‘Amrah, daripada Aisyah, dia berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah berkata: Sesungguhnya mematahkan seorang mukmin dalam keadaan mati seumpama mematahkan tulangnya dalam keadaan hidup”. (riwayat Ahmad)

Tetapi itu jika dilakukan tanpa sebab yang munasabah. Sebaliknya, dalam derma organ kita mengambilnya daripada orang mati dengan niat menyelamatkan nyawa orang lain. Jika tidak buat demikian, pesakit tadi akan mati.

Apabila darurat maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ...maka sesiapa yang terpaksa (makan babi dan binatang yang tidak disembelih) kerana darurat sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa...(al-Baqarah: 173)

Malah Dr. Yusuf Qaradawi juga berkata, daripada membazir dibiarkan mayat itu dimakan ulat dalam tanah adalah lebih baik ia dimanfaatkan untuk menyelamat nyawa.

Ada juga yang bimbang, jika anggota badan yang didermakan itu membuat dosa mereka juga akan memikulnya sama. Betulkah?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dalam Islam, apabila seseorang itu mencapai umur baligh dan sempurna akal maka hukum taklif dikenakan ke atas mereka. Bermakna segala dosa dan pahala ditanggung sendiri.

Ia tidak akan berpindah kepada orang lain. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: ...Dan tiadalah kejahatan yang diusahakan oleh setiap orang melainkan orang itu sahajalah yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain...(al-An’am: 164)

Sebaliknya, Dr. Yusuf Qaradawi berkata, mereka yang menderma organ akan mendapat pahala yang berkekalan. Ini beliau qiaskan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang itu mati terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh berdoa untuknya”. (riwayat Tarmizi)

Kata beliau, sedekah jariah di sini adalah pendermaan organ itu tadi.

Bagaimanapun, pengalaman saya sepanjang terlibat dalam bidang ini sejak 1998 mendapati, bukan hukum yang menjadi masalah.

Sebaliknya, sebahagian besar kita masih takut, salah faham dan kurang maklumat untuk mendaftar sebagai menderma organ.

Ada juga yang berkata anggota badan kita adalah amanah Allah dan perlu dijaga sehingga kita mati. Justeru itu, tidak boleh menderma organ?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Jika kita percaya kepada kebangkitan di hari akhirat, hal ini tidak perlu dibimbangkan. Apabila kiamat, semua makhluk akan hancur.

Apabila dibangkitkan, keadaan tubuh kita adalah bergantung kepada amalan. Jika baik, maka sempurnalah ia.

Diceritakan akan dibangkitkan dengan gigi panjang seperti tanduk lembu dan bibir mulutnya labuh hingga ke dada. Ini kerana dosa orang yang suka minum arak. Mati tidak bertaubat.

Dibangkitkan dengan muka berseri seperti bulan purnama kemudian melintasi titian Siratalmustaqim pantas seperti kilat.

Ini adalah balasan kepada orang yang beramal soleh, tidak melakukan maksiat dan tidak melalaikan sembahyang. Mati dengan bertaubat.

Apa yang perlu ialah galakan dan kesedaran untuk menderma. Ini memerlukan role-model terutama di kalangan para ulama.

Di Johor suatu masa dulu, bilangan yang mendaftar sebagai penderma organ adalah paling tinggi di kalangan umat Islam. Antara sebabnya adalah mufti ketika itu iaitu Datuk Nooh Gadut turun padang membincangkan tajuk tersebut.

Pendek kata, mufti sendiri menjadi pengikrar. INi termasuk bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md. Hashim Yahya.

Bagaimanapun, sudah nampak kesedaran di kalangan generasi muda apabila di institusi pengajian tinggi sudah ada perbincangan tentang pendermaan organ.

Masalahnya pada orang kita, mereka tidak akan berfikir tentang bab ini jika ahli keluarga mereka tidak terlibat. Sedangkan menderma organ adalah perbuatan yang amat terpuji.

Kita juga sebenarnya masih terkebelakang berbanding umat Islam di Arab Saudi, Bangladesh, Iran dan Turki yang sudah menerima konsep menderma organ ini sejak tahun 1980-an lagi.

Marilah kita berusaha menjadi golongan yang memberi dengan mengambil semangat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)...(riwayat Bukhari)


"fq juga akan mendaftar sebagai penderma organ, anda pula bagaimana?"

SEGALA PERSOALAN AF8 TERJAWAB


Komposer, produser dan usahawan berjaya, Norman Abdul Halim atau Norman KRU dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Pengetua Akademi Fantasia kelapan (AF8) dengan memikul cabaran baru memantapkan lagi program realiti nombor satu tanah air itu.

Pengumuman itu dibuat pada majlis berlangsung di sebuah hotel, di ibu negara malam tadi. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Amirullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.


Turut diumumkan
pengacara AF8 menggandingkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang sebelum ini mengacarakan rancangan Trek Selebriti, manakala tenaga pengajarnya pula terdiri Siti Hajar Ismail (guru vokal teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan), Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris), dan Que Haidar (jurulatih drama). Menurut Norman, dia tertarik menerima tawaran sebagai Pengetua AF8 kerana pihak Astro menjanjikan pasukan kerja terbaik.


“Ini bukan kerja saya seorang tetapi secara berpasukan. Kami akan memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar AF musim ini dan semoga mereka dapat membina kerjaya seni yang bagus untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Apapun mereka sendiri perlu bekerja keras untuk berjaya. “Saya berbangga kerana ramai bintang realiti berjaya menjadi pengacara, pelakon dan penyanyi. Pertandingan Juara Lagu pun ramai disertai bakat baru dilahirkan menerusi AF. Saya dan tenaga pengajar lain akan memberi mereka bimbingan dengan harapan mengubah masa depan mereka menjadi lebih baik. Ada yang datang uji bakat meminjam baju kawan dan semoga dengan menyertai AF dapat memberi sinar baru dalam hidup mereka.


“Mereka terlalu muda untuk membuat keputusan jadi kami bertanggungjawab membantu mereka tidak hilang punca. Pun begitu, sama ada akhirnya akan berjaya atau tidak terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.


AF8 akan mula bersiaran jam 9 malam 13 Mac ini menerusi Astro Ria dengan menyiarkan konsert pengenalan (prelude) memperkenalkan pelajar musim ini, dihoskan Sarimah dan Jimmy.

Seterusnya bermula 15 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam, Jimmy akan mengendalikan Diari AF memaparkan perkembangan pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga pengajar dan rutin kehidupan seharian di akademi. Julung kalinya juga Sarimah dan Jimmy berkongsi pentas mengacarakan konsert minggu AF8. Bagaimanapun kelainan pada musim ini apabila keputusan siapa tersingkir tidak diumumkan akhir konsert, sebaliknya pada Ahad, jam 9 malam menerusi siaran langsung Debaran AF.

SIAPA SURUH BELASAH BINI SENDIRI

AMPANG: Seorang anggota polis wanita yang tidak tahan kerana sering dipukul dan dibelasah suami hingga lebam seluruh badan hanya kerana kesilapan kecil bertindak nekad membuat laporan polis bagi mengakhiri penderitaannya.


Wanita berusia 20-an itu nekad selepas menerima satu lagi ugutan akan dibelasah suaminya menyebabkan dia membuat laporan polis Rabu lalu.


Akibatnya, suami wanita terbabit yang pernah bertugas sebagai pegawai berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diberkas dan terpaksa bermalam dalam lokap untuk membantu siasatan.


Difahamkan, lelaki terbabit ditahan ketika berada di balai polis kerana mahu membuat laporan selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ketika itu mahu membuat laporan polis terhadapnya. Menurut sumber polis, wanita malang terbabit dikatakan kerap dibelasah suami hanya kerana kesalahan kecil dan sering berlaku perbalahan antara mereka.


“Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh dan setiap kali berlaku pertengkaran, suami mangsa yang panas baran akan memukulnya.


“Difahamkan dalam pertengkaran baru-baru ini, suami mangsa bertindak mengugut akan memukul mangsa jika dia pulang ke rumah,” katanya.


Sumber terbabit berkata, kerana takut dengan ugutan itu dan sudah tidak tertahan menjadi belasahan suami, mangsa akhirnya nekad membuat laporan polis.


“Ketika bertengkar dalam telefon, mangsa memberitahu suaminya dia akan membuat laporan polis selepas menerima ugutan itu.


“Mendengar mangsa mahu membuat laporan polis, lelaki terbabit bertambah berang dan memberitahu akan membuat satu laporan polis lain dengan mendakwa mangsa sengaja mahu mereka-reka cerita,” katanya.


Bagaimanapun, polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa mempunyai kesan lebam dan bekas kecederaan lama dipercayai akibat dipukul suaminya sebelum ini.


“Bertindak daripada laporan dibuat mangsa, polis menahan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun ketika dia berada di balai polis.


“Lelaki berkenaan direman empat hari untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin, namun dia tidak boleh menghampiri dan mengganggu mangsa,” katanya.


Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada pertengkaran dan salah faham selain suami mangsa berang apabila mangsa sering curiga yang dia mungkin mempunyai hubungan dengan wanita lain.


Difahamkan, suami mangsa sebelum ini bertugas sebagai pegawai berpangkat leftenan dalam TLDM namun dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin dan kini bertugas sebagai jurulatih keselamatan.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.


Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.



Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/02/08

ENAM RENTUNG KEMALANGAN DI TOL SENAWANG

SEREMBAN: Enam dalam sebuah kereta rentung dalam satu kemalangan di KM252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala Selatan dekat sini pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Setakat ini polis masih lagi belum dapat mengenal pasti kesemua identiti mangsa disebabkan keadaan kereta serta mangsa rentung ekoran kemalangan itu.


Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Menurut jurucakap polis, semua mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.


Katanya, akibat rempuhan dan letupan yang kuat, enjin kereta itu tercampak sejauh 50 meter ke dalam longkang.


"Kereta terbabas akibat dipandu laju. Treler yang membawa sejenis serbuk dipercayai granit dilaporkan rosak sejak dari petang tadi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan yang terletak kira-kira 150 meter dari lebuh raya itu sedang membasuh kereta apabila beliau terdengar bunyi letupan yang sangat kuat.


"Sejurus selepas itu saya lihat api menjulang naik. Saya dan beberapa jiran bergegas naik ke atas lebuh raya dan melihat enjin kereta tercampak jauh dan sedang berasap," katanya.


Beliau cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar apabila berlaku letupan kedua dan yakin kesemua penumpang telah mati akibat api yang terlalu marak serta keadaan kereta yang remuk teruk serta leper akibat merempuh badan bawah treler.


Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.-Bernama

BONUS TABUNG HAJI 5%


KIRA-KIRA 5.1 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati bonus lima peratus keseluruhan bagi 2009 yang akan dikreditkan dalam akaun masing-masing, Isnin ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembayaran bonus kepada 5.1 juta pendeposit itu adalah tambahan 2.75 peratus bagi separuh kedua 2009 daripada bonus interim 2.25 peratus pada separuh pertama 2009 dengan anggaran keseluruhan bayaran RM1.1 bilion.

“Kadar bonus itu lebih kompetitif, malah jauh lebih baik berbanding kadar simpanan tetap dan tabungan komersial.


“Walaupun 2009 tahun yang mencabar, TH dengan komitmen dan perancangan rapi masih mampu mencatat pencapaian kewangan yang boleh dibanggakan termasuk kemampuan mengekalkan kadar bonus pada 2009 dan tahun sebelumnya meskipun dalam keadaan pasaran dan keuntungan deposit di perbankan komersial menurun sejak 2008,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan kadar bonus itu di Putrajaya, semalam.


Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ismee Ismail.


Beliau berkata, TH merekodkan keuntungan selepas zakat melepasi RM1 bilion tiga kali berturut-turut sejak 2006. Menurutnya, pendapatan dan keuntungan selepas zakat TH tahun lalu masing-masing RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion iaitu meningkat 12 peratus berbanding 2008.

Beliau berkata, keuntungan urus niaga saham penyumbang utama kepada peningkatan itu iaitu 49 peratus diikuti dividen (19 peratus), keuntungan bon Islam (10 peratus), keuntungan pasaran wang (lapan peratus), sewaan (tujuh peratus), keuntungan jualan hartanah dan aset (lima peratus) dan lain-lain (dua peratus).


Katanya, dari segi simpanan pula, dana pendeposit terkumpul meningkat 12 peratus iaitu dari RM20.6 bilion pada 2008 kepada RM23 bilion tahun lalu.

“Dana pendeposit terus menunjukkan peningkatan tinggi dan berterusan sejak 2006 dengan peningkatan 9.7 peratus dari RM13.3 bilion pada awal 2006 kepada RM23 bilion pada akhir 2009.

“Peningkatan ini menunjukkan keyakinan pendeposit dengan penambahan simpanan RM5.9 bilion dan penambahan nilai RM3.8 bilion daripada aktiviti pelaburan sejak 2006,” katanya.


Selain itu, beliau berkata, TH juga memperuntukkan RM39 juta sebagai zakat perniagaan berbanding RM38 juta 2008 dan ia akan diagihkan ke setiap negeri mengikut jumlah purata baki terendah bulanan deposit terkumpul hingga Disember 2009

Ditanya mengenai prestasi sepanjang 2010, Jamil Khir berkata, TH optimis untuk meningkatkan kadar bonus atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar pembayaran bonus kepada pendepositnya tahun ini jika keadaan ekonomi negara dan dunia menunjukkan perkembangan positif.

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/02/04

Related Posts with Thumbnails