WANITA PERLU PANDAI MASAK, LELAKI?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawatnya. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementara juga telah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s : Doa-doakan FQ x tinggal solat lg... FQ ni diakui agak malas skit... Sooo, mudah2han dgn doa kawan2, FQ berubah... Dan FQ boleh bina keluarga yg sempurna bersama2 amalan yang sempurna... inshaallah..

10 Responses
  1. KiKiHanakO Says:

    tahnx 4 artikel..

    dulu i pernah baca ni.. alhamdulillah ape yang i nak cari i jumpa dlm blog u..

    =)))


  2. fq Says:

    owh...
    yeke?
    ehhehee....
    so,
    gunakan sebaik mngkin ye kiki...


  3. NURA Says:

    salam sobat,,iya benar kalau wanita harus pandai memasak,,karena selain hemat dan hiegenis juga menjaga keharmonisan keluarga,,itu komentar saya loh,,yang sobat lainnya pasti belum tentu sama.


  4. lucky Says:

    huu.. amat dan tramat stuju n pndapat d ats.. ur so cool dude.. hee.. lol.. :P


  5. yey!

    da dp jwpn!!!

    (^_^)

    eny x rety masak..

    sbb dr form 1 dok asrama..

    xde peluang ouh..

    tp still ada hai nk blaja..

    sumday~


  6. Lady Leaya Says:

    haha...suke post ini...biar lelaki tau...mereka itu tidak layak nak memilih2...haha


  7. cintafqs Says:

    lelaki sebagai ketua keluarga mesti la tau dan perlu sentiasa jadi imam utk ank dan isterinya..
    bak kata pak cik syg kn..
    walau sibuk cmne pn, solat maghrib mesti luangkn jgk..solat jemaah ngn keluarga..semoga dpt mendidik ank yg soleh dan solehah utk bekalan ke akhirat nnt..


  8. mr.syazwan Says:

    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O
    O

    nice info..
    so ada x ciri2 tu???
    haha


  9. fq Says:

    adeh....
    jgn la dtnya ad ke x ciri2 2....
    heheheheh.....

    lady leaya, mmg la llki x layak untk mmlih2..
    tp why not klo dpt yg memnuhi cta rasa kn...
    bkn kah itu stu pakej pd suami...


  10. btoi... btoi... btoiiii...

    hehhee...


Related Posts with Thumbnails