AKU STAFF TM?



Perancangan hidup fq sudah berubah la sekarang ni nmpaknya. Pada mulanya, fq merancang untuk sambung lagi pelajaran. Tapi sekarang fq da bekerja sebagai Technical Assistance Telekom Malaysia. Apa dah jadi ni? Kenapa mesti bekerja dengan TM? Kisahnya bermula disini........

Semua yang terjadi ini kerana seorang je perancang hidup fq yang fq sayang, fq tak pernah isi pon borang kerja TM ni. Tau-tau dapat panggilan dari TM kena pergi interview TM. Dan pergi temuduga pun, miss fq ni jugak la yang teman. Fq x bersemangat pon pada mulanya nak pergi interview, tapi miss fq ni la yang beriya-iya study kan pasal interview untuk fq, pergi temuduga alhmdulillah 2 minggu selepas itu, fq diterima kerja.

Sekarang bermula lah hidup fq sebagai sebahagian daripada staff TM. Lepas je lapor diri di KL, semua staff baru TM akan dihantar berkursus selama lebih kurang seminngu di TMTC Taiping, Perak. Balik dari Taiping terus sambung lagi kursus yang diberi nama login selama sebulan. Tinggal lah fq kat sini sebulan, makan tanggung, berak cangkung.

Apa yang menarik minat kerja fq untuk terus dengan TM ialah kelebihan yang terlalu banyak dalam TM. Walaupun dengan gaji permulaan yang rendah, tapi itu sebahagian daripada permulaan hidup fq. Fq memang bercita-cita untuk menyambung pelajaran pada asalnya, tapi setelah mendengar taklimat daripada pegawai TM yang mengatakan TM menggalakkan staff nya belajar, fq dah lega. Akan fq gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana staff TM akan ditaja kalau hendak sambung belajar dan gaji berjalan seperti biasa. Susah tu nak dpt peluang macam ni. Tapi ada la syarat-syarat yang perlu di ikut.

Yang masih bermain dalam fikiran, kat mana lah fq akan dihantar posting agknye kan? Pada yang tersayang, terima kasih kerana isi kan borang kerja ini. Love You Sooooo Much Sayang....! Inshaallah cukup syarat, boleh lah kita sah kan hubungan kita. aminnnnnnnnn...
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    i love TM!!!


    lalalalalalalalala~

    =)


  2. hans Says:

    wah
    bestnya
    dah start keja
    ada own salary
    best2


  3. cintafqs Says:

    same2 syg..
    cinta smpy syurga.. ♥♥



  4. zetty Says:

    tahniah tahniah....
    moga berjaya...
    chaiyok2!!!


Related Posts with Thumbnails