APRIL FOOL- PENGHINAAN UNTUK UMAT ISLAM


Cerita pedoman di sebalik April Fool's Day.....untuk renungan semua!.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya
(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian
membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan
membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil
. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya
diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan,
orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan
April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



*Sejauh mana kebenaran cerita ini, hnya ALLAH yg tau dan fq pula hnya niat untuk berkongsi dengan semua. As Salam...


4 Responses
  1. TQ pkongsian info,
    Memang bukan budaya umat Islam!



  2. fq Says:

    sama2 sume....
    info tok dkngsi bersama...


  3. baru tahu.. thanks atas info yang berguna ini


Related Posts with Thumbnails