ENAM RENTUNG KEMALANGAN DI TOL SENAWANG

SEREMBAN: Enam dalam sebuah kereta rentung dalam satu kemalangan di KM252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala Selatan dekat sini pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Setakat ini polis masih lagi belum dapat mengenal pasti kesemua identiti mangsa disebabkan keadaan kereta serta mangsa rentung ekoran kemalangan itu.


Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Menurut jurucakap polis, semua mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.


Katanya, akibat rempuhan dan letupan yang kuat, enjin kereta itu tercampak sejauh 50 meter ke dalam longkang.


"Kereta terbabas akibat dipandu laju. Treler yang membawa sejenis serbuk dipercayai granit dilaporkan rosak sejak dari petang tadi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan yang terletak kira-kira 150 meter dari lebuh raya itu sedang membasuh kereta apabila beliau terdengar bunyi letupan yang sangat kuat.


"Sejurus selepas itu saya lihat api menjulang naik. Saya dan beberapa jiran bergegas naik ke atas lebuh raya dan melihat enjin kereta tercampak jauh dan sedang berasap," katanya.


Beliau cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar apabila berlaku letupan kedua dan yakin kesemua penumpang telah mati akibat api yang terlalu marak serta keadaan kereta yang remuk teruk serta leper akibat merempuh badan bawah treler.


Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.-Bernama

BONUS TABUNG HAJI 5%


KIRA-KIRA 5.1 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati bonus lima peratus keseluruhan bagi 2009 yang akan dikreditkan dalam akaun masing-masing, Isnin ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembayaran bonus kepada 5.1 juta pendeposit itu adalah tambahan 2.75 peratus bagi separuh kedua 2009 daripada bonus interim 2.25 peratus pada separuh pertama 2009 dengan anggaran keseluruhan bayaran RM1.1 bilion.

“Kadar bonus itu lebih kompetitif, malah jauh lebih baik berbanding kadar simpanan tetap dan tabungan komersial.


“Walaupun 2009 tahun yang mencabar, TH dengan komitmen dan perancangan rapi masih mampu mencatat pencapaian kewangan yang boleh dibanggakan termasuk kemampuan mengekalkan kadar bonus pada 2009 dan tahun sebelumnya meskipun dalam keadaan pasaran dan keuntungan deposit di perbankan komersial menurun sejak 2008,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan kadar bonus itu di Putrajaya, semalam.


Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ismee Ismail.


Beliau berkata, TH merekodkan keuntungan selepas zakat melepasi RM1 bilion tiga kali berturut-turut sejak 2006. Menurutnya, pendapatan dan keuntungan selepas zakat TH tahun lalu masing-masing RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion iaitu meningkat 12 peratus berbanding 2008.

Beliau berkata, keuntungan urus niaga saham penyumbang utama kepada peningkatan itu iaitu 49 peratus diikuti dividen (19 peratus), keuntungan bon Islam (10 peratus), keuntungan pasaran wang (lapan peratus), sewaan (tujuh peratus), keuntungan jualan hartanah dan aset (lima peratus) dan lain-lain (dua peratus).


Katanya, dari segi simpanan pula, dana pendeposit terkumpul meningkat 12 peratus iaitu dari RM20.6 bilion pada 2008 kepada RM23 bilion tahun lalu.

“Dana pendeposit terus menunjukkan peningkatan tinggi dan berterusan sejak 2006 dengan peningkatan 9.7 peratus dari RM13.3 bilion pada awal 2006 kepada RM23 bilion pada akhir 2009.

“Peningkatan ini menunjukkan keyakinan pendeposit dengan penambahan simpanan RM5.9 bilion dan penambahan nilai RM3.8 bilion daripada aktiviti pelaburan sejak 2006,” katanya.


Selain itu, beliau berkata, TH juga memperuntukkan RM39 juta sebagai zakat perniagaan berbanding RM38 juta 2008 dan ia akan diagihkan ke setiap negeri mengikut jumlah purata baki terendah bulanan deposit terkumpul hingga Disember 2009

Ditanya mengenai prestasi sepanjang 2010, Jamil Khir berkata, TH optimis untuk meningkatkan kadar bonus atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar pembayaran bonus kepada pendepositnya tahun ini jika keadaan ekonomi negara dan dunia menunjukkan perkembangan positif.

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/02/04

POLIS EVO-10



Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit. Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM. Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat. Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98). Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag. Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5. Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.





P/S : Kagum jap ak nengok kete polis ni. Sambil berfikir, x ley la ak nk drve laju2 da, cmfm kn kejaaaaaa...

AFIQ KAT FB


wahhhhhhh,
x sngka ak, ad jugk orng yg nak create group yg pky nama AFIQ kat fb...

mmg bes...
sbb sblm ni aku mmg da pnah rncang nak wat benda yg sama...
dalam ni akan dikumpulkn semua yg bernama AFIQ dan AFIQQAH kat dlm fb...
then bley la tukar2 pendapat ke, ape ke...
yg xley blah, ley keliru dlm ni....
da sume nama afiq...
hahahha..
so, pada sesapa yg nama dy AFIQ atau AFIQQAH, ley la join group ni,
mmg bes...
semoga AFIQ dan AFIQQAH terus maju..

nak join? KLIK SINI

RUMAH DIPERSALAHKAN? LAWAK


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "


MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !

LAWAK PECAH PERUT


Ceritanya begini, suatu hati di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu
pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya.
Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan...

CALON PERTAMA:

Pekerjaan : Operator Telefon

"Ala Mak...nih tak syiioookkkk....dia nih selalu cakap:

SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya just nice

Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak syyiiiooookkkk...asyik-asyik

HARAP BERSABAR...BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya... lalu dia pon menjemput calon terakhir...

CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan

Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini.Lalu anaknya pun memberitahu... "Hah! mak nih la syyiookkk sikit...kalau cikgu best sikit..pasal diaselalu cakap

ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH..."

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak...

"Bang!!!....Konduktor bas mini lagi bagus bang.... Diorang selalu cakap....

"NAIK CEPAT, NAIK CEPAT...MASUK,MASUK.....

MASUK LAGI, DALAM LAGI...DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,

MASUK BELAKANG....BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA

...BELAKANG BANYAK KOSONG!...........

MERAJUK.MERAJUK.MERAJUK



Hakikatnya jika makwe atau isteri yang sering merajuk dan mengharapkan pujukan pakwe/suami sering kita dengar dari mulut rakan-rakan yang lain. Namun, tanpa disedari sikap sering memujuk ini lah yang menyebabkan perangai suke merajuk ni semakin menjadi-jadi. Jika masa bercinta bolehlah di tahan perasan marah dan merendah kan ego untuk memujuk. Tp bila dah kawen peel merajuk ni tidak berubah, ianya tidak akan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Jadi no wonder budak2 sekarang pandai menggunakan senjata merajuk mereka untuk menarik perhatian ibu bapa bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Korang-korang rasa best ke kalau merajuk orang pujuk. Atau kalau kena pujuk orang yang merajuk? Pada aku bila aku diam atau merajuk aku tak perlukan orang memujuk just berikan masa untuk aku cool kembali dan fikirkan perbuatan aku tu betul atau tidak. Seyes, dalam family aku takde istilah pujuk2. Parent aku akan biarkan aku dok sorang-sorang dalam bilik dan fikir betul2 adakah tindakan aku tu salah atau betul. Tiada layanan istimewa untuk mereka yg kuat merajuk dalam family aku. Hasilnya sehingga sekarang bila terniat di hati aku nak merajuk aku akan terus berfikir kesannya bukan sahaja pada aku tapi pada orang lain. Kesian mereka melayan angin aku yang tak menentu ni. Tp terima kasih kepada parent aku kerana tidak menjadikan rajukan dan pujukan sebagai peel dalam hidup seharian aku.

Jadi bagi mereka yang suke merajuk, tolonglah. Korang akan kena balik situasi yang korang lakukan pada orang lain. Meski bukan dari rakan-rakan, korang bakal ada family sendiri dan rasakan lah sakitnya hati bile anak pompuan korang tak mo makan merajuk sebab korang tak belikan dia iphone. Anak laki korang plak merajuk sebab tak dapat set kete Ferrari dari Shell. Adakah sebab salah ajaran? korang fikirlah sendiri.

Bagi mereka yang suke memujuk, korang akan lebih pening bila makin lama dengan orang yang kuat merajuk ni. Sebabnya mereka tau kalau merajuk layanan akan jadi lebih istimewa. So no wonder banyak masalah rumahtangga kerana “kaki dah naik kepala”. Then korang nak salahkan si kaki merajuk tu. Jadi jangan amalkan peel suke memujuk ni, adakalanya sekali sekala korang kena tinggikan ego juga dan biar mereka fikir perbuatan mereka tu betul atau tak.

Perempuan mmg suke merajuk tp sebenarnya bukanlah mereka 100% berharap korang akan tunaikan permintaan mereka atau melayan mereka mcm puteri cuma mereka harapkan korang bg perhatian dan mempertimbangkan permintaan sahaja. Jangan sesekali korang tinggalkan awek/bini korang masa mereka merajuk.


Isu yang ingin aku nak tekankan:

1. Jangan biasakan diri korang memanjakan kekasih.

2. Jangan biasakan diri korang kaki merajuk.

3. Jangan tinggal awek/pakwe tengah merajuk kang dikebas orang.

Heheheheheheheheheheh..

Related Posts with Thumbnails