DOKTOR MERAWAT HAIWAN ATAU MANUSIA?





Antara doktor yang merawat
HAIWAN dengan doktor yang merawat MANUSIA mana yang paling hebat? Korang sume pernah terfikir tak? Korng pernah pergi jumpa doktor bila sakit? Apa antara soalan-soalan doktor?

"Mesti doktor akan tanya sakit apa?"
"Sakit kat mane?"
"Dah berapa lama sakit?"

"Rasa macam mana?"

Tapi cuba kalau doktor haiwan nak periksa kucing sakit contohnya, agak-agak mampu tak kucing 2 nak jawab.......... . . . . . . . . . .


"Sakit kepala, rasa nak muntah."

"Sakit kat kepala lah doktor."

"Baru tadi sakit."
"Doktor ni banyak tnya lah, rasa sakit lah."


Kalau dah tahu sakit apa memang senanglah nak rawat, memudahkan kerja seorang doktor yang merawat manusia, tetapi bagaimana pula untuk doktor yang merawat haiwan? Jadi, mana yang paling hebat?

Hahahahahahhhahahahahah, sekadar menulis apa yang terlintas difikiran fq buat masa ini. Jadi, pada kawan-kawan fq yang doktor tu jangan lah marah pulak, fq sekadar bergurau yeeee. Apa pun, kerjaya sebagai seorang doktor memang patut dibanggakan sebab jasanya dalam menyelamatkan nyawa. fq pun pernah bercita-cita untuk menjadi seornag doktor masa kecil, tapi tidak kesampaian pulak. Jadi doktor CINTA pun ok jugak kot....~_~


FACEBOOK BERSAMA YAHUDI?


As salam sahabat
Sekadar untuk berkongsi.
Yang ini saya ambil dari pandangan Ustaz Zaharuddin.



1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-


أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ


Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?


Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI dengan facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

RONALDINHO VS RONALDIKIN


Cuba tengok pic nie, sama kan muka dua orang ni? Sorang Ronaldinho, sorang lagi Ronaldikin. Memang lawak, muka dah sama dah, kepower'an main bola tak tau lah sama jugak ke tak....




TENUNG PAYU DARA PANJANG UMUR?





Sebenarnya, nak tergelak juga bila fq terbaca tajuk artikal ini. Bagaimanakah itu? Dalam kepala fq ini mula berfikir, logik ke? Ada ke macam tu? Korng pulak, fikir-fikir kan lah sejauh mana kebenarannya. Ada kena mengena ke dengan semua tu? Kalau korng ada jawapan, story mory la sikit sebb aku pon nak tau jugak...

Persoalan yang mungkin timbul, "mampukah anda hanya menenungnya sahaja?"


ROBOT PENGESAN TIPU


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu.

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menungguanak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG*
Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah… saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?!
Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG*
Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…
"Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…"

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


P/S : Jangan cipta robot tersebut. Nanti semua kantoi. hAhAhAhAhAhA....


PEREMPUAN KAKI KANGKANG

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~”
Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
















“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”



p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~


AKU STAFF TM?



Perancangan hidup fq sudah berubah la sekarang ni nmpaknya. Pada mulanya, fq merancang untuk sambung lagi pelajaran. Tapi sekarang fq da bekerja sebagai Technical Assistance Telekom Malaysia. Apa dah jadi ni? Kenapa mesti bekerja dengan TM? Kisahnya bermula disini........

Semua yang terjadi ini kerana seorang je perancang hidup fq yang fq sayang, fq tak pernah isi pon borang kerja TM ni. Tau-tau dapat panggilan dari TM kena pergi interview TM. Dan pergi temuduga pun, miss fq ni jugak la yang teman. Fq x bersemangat pon pada mulanya nak pergi interview, tapi miss fq ni la yang beriya-iya study kan pasal interview untuk fq, pergi temuduga alhmdulillah 2 minggu selepas itu, fq diterima kerja.

Sekarang bermula lah hidup fq sebagai sebahagian daripada staff TM. Lepas je lapor diri di KL, semua staff baru TM akan dihantar berkursus selama lebih kurang seminngu di TMTC Taiping, Perak. Balik dari Taiping terus sambung lagi kursus yang diberi nama login selama sebulan. Tinggal lah fq kat sini sebulan, makan tanggung, berak cangkung.

Apa yang menarik minat kerja fq untuk terus dengan TM ialah kelebihan yang terlalu banyak dalam TM. Walaupun dengan gaji permulaan yang rendah, tapi itu sebahagian daripada permulaan hidup fq. Fq memang bercita-cita untuk menyambung pelajaran pada asalnya, tapi setelah mendengar taklimat daripada pegawai TM yang mengatakan TM menggalakkan staff nya belajar, fq dah lega. Akan fq gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana staff TM akan ditaja kalau hendak sambung belajar dan gaji berjalan seperti biasa. Susah tu nak dpt peluang macam ni. Tapi ada la syarat-syarat yang perlu di ikut.

Yang masih bermain dalam fikiran, kat mana lah fq akan dihantar posting agknye kan? Pada yang tersayang, terima kasih kerana isi kan borang kerja ini. Love You Sooooo Much Sayang....! Inshaallah cukup syarat, boleh lah kita sah kan hubungan kita. aminnnnnnnnn...
Related Posts with Thumbnails