AKU STAFF TM?



Perancangan hidup fq sudah berubah la sekarang ni nmpaknya. Pada mulanya, fq merancang untuk sambung lagi pelajaran. Tapi sekarang fq da bekerja sebagai Technical Assistance Telekom Malaysia. Apa dah jadi ni? Kenapa mesti bekerja dengan TM? Kisahnya bermula disini........

Semua yang terjadi ini kerana seorang je perancang hidup fq yang fq sayang, fq tak pernah isi pon borang kerja TM ni. Tau-tau dapat panggilan dari TM kena pergi interview TM. Dan pergi temuduga pun, miss fq ni jugak la yang teman. Fq x bersemangat pon pada mulanya nak pergi interview, tapi miss fq ni la yang beriya-iya study kan pasal interview untuk fq, pergi temuduga alhmdulillah 2 minggu selepas itu, fq diterima kerja.

Sekarang bermula lah hidup fq sebagai sebahagian daripada staff TM. Lepas je lapor diri di KL, semua staff baru TM akan dihantar berkursus selama lebih kurang seminngu di TMTC Taiping, Perak. Balik dari Taiping terus sambung lagi kursus yang diberi nama login selama sebulan. Tinggal lah fq kat sini sebulan, makan tanggung, berak cangkung.

Apa yang menarik minat kerja fq untuk terus dengan TM ialah kelebihan yang terlalu banyak dalam TM. Walaupun dengan gaji permulaan yang rendah, tapi itu sebahagian daripada permulaan hidup fq. Fq memang bercita-cita untuk menyambung pelajaran pada asalnya, tapi setelah mendengar taklimat daripada pegawai TM yang mengatakan TM menggalakkan staff nya belajar, fq dah lega. Akan fq gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana staff TM akan ditaja kalau hendak sambung belajar dan gaji berjalan seperti biasa. Susah tu nak dpt peluang macam ni. Tapi ada la syarat-syarat yang perlu di ikut.

Yang masih bermain dalam fikiran, kat mana lah fq akan dihantar posting agknye kan? Pada yang tersayang, terima kasih kerana isi kan borang kerja ini. Love You Sooooo Much Sayang....! Inshaallah cukup syarat, boleh lah kita sah kan hubungan kita. aminnnnnnnnn...

PELATIH DIROGOL, MASTERSKILL DISAMAN RM5J


KOTA BHARU: Seorang pelatih jururawat yang dirogol di asrama kolej kejururawatan dekat Tanjung Mas di sini, Februari lalu, memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada kolej itu, semalam atas dakwaan cuai. Dalam saman difailkan peguamnya, Mohd Zubairi Salleh, pelajar berusia 24 tahun itu menamakan pemilik kolej berkenaan, Masterskill (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, mangsa mendakwa kejadian rogol berlaku jam 8.15 pagi, 9 Februari lalu ketika plaintif yang juga pelajar Tahun Pertama Diploma Kejururawatan berada di sebuah bilik asrama kolej bersama lima rakannya, sebelum seorang lelaki tidak dikenali menceroboh asrama dan memasuki biliknya.

Penceroboh itu mencari pelajar bernama Serena namun apabila dimaklumkan tiada pelatih bernama demikian, lelaki terbabit keluar dari bilik itu. Mangsa kemudian menuju ke bilik air untuk mandi apabila tiba-tiba lelaki itu menolak pintu bilik air dan masuk ke dalam serta mengacukan pisau sebelum merogolnya. Plaintif mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian defendan dalam menjaga keselamatannya sehingga seorang penceroboh boleh memasuki asrama itu.

Akibat kejadian itu, masa depan dan maruah diri plaintif musnah, sedangkan sebelum itu, keluarga plaintif meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap defendan untuk menjaga keselamatan plaintif di asrama dengan andaian ia selamat. Ketika saman difailkan kira-kira jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, ibu bapa pelajar terbabit turut hadir. Dalam pernyataannya, plaintif dan rakannya mendakwa tidak mengenali penceroboh itu dan menolak dakwaan defendan yang mengatakan plaintif mengenali perogolnya. Plaintif berkata, defendan cuba secara sengaja dan dengan niat jahat serta tanpa sebarang asas melepaskan tanggungjawab dengan mendakwa plaintif menyumbang kecuaian dalam kejadian rogol itu. Tindakan defendan yang cuba melepaskan tanggungjawab dan dakwaan jahat itu meletakkan plaintif dalam keadaan terhina sehingga terpaksa mengambil keputusan drastik menangguhkan pengajiannya di kolej berkenaan.

Akibat kecuaian defendan itu, plaintif mendakwa sehingga hari ini masih terkejut dan malu serta mendapati dirinya sentiasa mengalami keaiban, kesusahan dan tekanan hidup. Walaupun notis tuntutan bertarikh 10 Mac 2010 sudah dikemukakan plaintif terhadap defendan melalui peguamnya, namun sehingga sekarang defendan masih enggan, gagal serta cuai untuk menjelaskan tuntutan plaintif. Plaintif menuntut ganti rugi teladan RM3 juta, ganti rugi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta; ganti rugi am, faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun dari tarikh 10 Mac 2010, sehingga penyelesaian sepenuhnya, kos dan sebarang ganti rugi yang dianggap sesuai oleh mahkamah. Bapa pelajar itu berkata, beliau mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada pengurusan kolej akibat cuai dalam menyediakan aspek keselamatan kepada pelajarnya.


fq : Da lepas kena rogol, jadi OKB la student ni, tapi persoalannye cmne seorang lelaki yang tidak dikenali boleh masuk ke kawasan asrama perempuan? Tiada kawalan keselamatan ke? Pelik betul, sewenang-wenangnya lelaki tu boleh masuk ke asrama. Apa fungsi pengawal keselamatan? Kena rogol dalam toilet lak tu, student ni tidak menjerit ke? Tidak ada orang yang dengar ke?
Hmmmmm, takut betul fq ngan kes-kes rogol nie. Tiada ke hukuman potong kemaluan? hahahahahahahahahaha.....




GELAK-GELAK


Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu. budak : derma ape bang? lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. lelaki : ?????

Lawak 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Lawak 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?". "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat. " Assalamualaikum " " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Lawak 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...



RAFIQIN DARWISY, HARAP KAU DA INSAF



Pada mulanya, fq memang malas nak ambil tahu pasal budak RAFIQIN DARWISY ni. Fq malas nak amek tahu kalau setakat dia mengutuk orang je, bukan maksudnye fq nie mengalu-alukan perbuatan dia mengutuk tu, tapi tu semua urusan dia dengan ALLAH. Tidak guna la fq nak tulis kat blog, nak serang dy kat FACEBOOK dy, tu sume lantak kau lah budak hingusan.

Tapi apa yang membuat kn fq terpanggil untuk membuat post pasal budak hingusan ini apabila gurauan bodoh dia itu da bermain dengan isu agama.

"Al-Fuck untuk din beramboi"

Mengucap dua kalimah syahadah fq apabila baca pasal ini, siapa kah kau sebenarnye RAFIQIN DARWISY? Nama kau sedap, memang boleh buat gadis kat sekolah kau tergoda lah dengan nama kau ni, tapi bila tau perangai kau mcm ni, ak x tau la nak ckp apa dah pasal kau nie. Setelah diselidik, fq dapat tahu yang dia nie sekolah kat SM TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD. Kelas 1 Gigih, yang lain malas da fq nak godek.

Pada fq budak ni memang sudah melampau sangat-sangat. Dia tidak sedih ke? Nama dia diubah sampai menjadi raFUCKin darwiSHIT. Dia di maki, di kutuk, ibu bapa dia dipersenda, sekolah dia dimalukan, sampai kan semua orang sudah boleh kenal dia. Paling teruk sampai dia boleh mengaku yang dia orang kadazan yang bermakna dia bukan islam. Fq sedih sangat dengan perkara macam ni, agaknya memang dunia sudah akhir zaman ke?

Pandangan fq, pihak berkuasa perlu mengambil tidakan diatas perkara ini, ini bukan lagi perkara main-main atau bahan gurauan, budak hingusan ini perlu diberkas dan diberikan pengajaran yang sepatutnya contohnya seperti diberikan kepada Jabatan Agama Islam untuk diberikan kaunseling. Nak dihukum pun tidak guna, kesedaran perlu diberikan kerana kekerasan tidak mampu mengubah budak ini.


Insaflah wahai budak hingusan.....!




FQ INGIN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI


Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur 21 tahun;
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.


Tengok yang syarat A tu, maksudnye fq da layak untuk mendaftar sebagai pengundi. So, sebagai orang Malaysia dan terutamanya bangsa Melayu, fq wajibkn kepada diri sendiri untuk mendaftar. Bukan sebb fq nak main politik, bukn sebb fq nak menyokong mana-mana pihak, tetapi fq sayang kn Malaysia dan nak kan Malaysia terus menjadi hak milik orang Melayu. That all. Secara jujurnya, fq x kesah lansung sape pun la yg nak pegang Malaysia ni, orang PAS ke, BN ke, yang penting orang Melayu. Fq akan mengundi orang Melayu. Hak fq sebagai pengundi akan fq gunakan sebaik mungkin.

So, kepada anak-anak muda yang lain, pergi lah mendaftar sebagai pengundi. Ramai jugk kawan-kawan fq yang dah mencecah umur 22, tetapi masih lagi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sedih pun ada tengok dia orang nie. X sayang ke tanah tumpah darah kita nie? Jom lah pergi mendaftar....

Kalau nak maklumat lebih lanjut, layarilah http://www.spr.gov.my/


"JOM PERGI MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI"


RISALAH DARI MASJID


As Salam semua, fq baru sahaja balik dari masjid, al maklum la hari jumaat kena la g solat jumaat kan. Apa yang menariknye, sebelum melangkah ke dalam masjid fq ada la terbaca helaian kertas yang mengndungi beberapa risalah yang fq rasa sangat berguna dan patut dikongsi. Risalah yang fq baca ini dalam bahasa inggeris, ini la hasil daripada pertukaran bahasa dan pemendekan cerita yang telah fq lakukan, marilah kita sama-sama baca, dan faham kan.

Pertama sekali, mengenai ringtone telefon bimbit yang mengandungi. ayat-ayat Al-Quran. HARAM sama sekali untuk menggunakan ringtone yang mengeluarkan bunyi ayat-ayat Al-Quran oleh kerana ayat Al-Quran itu tidak akan dibacakan sehingga habis dan akan mengubah maksud ayat tersebut dan ini adalah sama sekali HARAM.


Dan yang keduanya mengenai kesalahan yang kita sendiri tidak perasan.

Jangan panggil 'MOSQUE'
Sentiasa memanggil 'MASJID'
Kerana MOSQUE=MOSQUITO

Jangan tulis 'MECCA'
Tetapi tulis 'MAKKAH'
Kerana MECCA=House of Wine

Jangan tulis 'MOHD'
Tetapi tulis dengan penuh 'MUHAMMAD'
Kerana MOHD=The Dog with Big Mouth


Oleh sebab itu, fq ingin berkongsi dengan pembaca semua. Segala ilmu yang baik perlu dikongsikan. Jika hendak percaya atau tidak, itu terpulang pada individu sendiri. Apa yang menjadi dan berlegar di fikiran fq ialah MOHD kerana nama fq ad MOHD.





TANDA SEBELUM MATI


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

_____________________________________________________________________________________

DALAM KISAH DIN BERAMBOI FQ TERINGAT PULA ARWAH PERNAH BUAT STATUS DI TWITTER BELIAU DAN SANGAT-SANGAT BERTEPATAN DENGAN TANDA-TANDA AKHIR YG BERBUNYI BEGINI,

"TANDA-TANDA AJAL MULA-MULA BAHAGIAN KAKI TERASA KEBAS,
KEMUDIAN BERANSUR-ANSUR KE BAHAGIAN ATAS,
HINGGA KE NAFAS DAN KELUAR SELAMANYA,
AKU INSAF..!"

ALLAHUAKBARRRRRRR...!!!


APRIL FOOL- PENGHINAAN UNTUK UMAT ISLAM


Cerita pedoman di sebalik April Fool's Day.....untuk renungan semua!.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya
(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian
membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan
membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil
. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya
diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan,
orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan
April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



*Sejauh mana kebenaran cerita ini, hnya ALLAH yg tau dan fq pula hnya niat untuk berkongsi dengan semua. As Salam...


Related Posts with Thumbnails